TENTANG AZ-N TRADING SDN BHD

AZ-N Trading (M) Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera dan telah ditubuhkan pada 6 September 1996. Pejabat urusan dan bilik pameran AZ-N Trading (M) Sdn Bhd terletak di No. 8-G Jalan Reko Setral 8, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
AZ-N Trading (M) Sdn Bhd memiliki sebuah bangunan 3 tingkat di Reko Sentral, Kajang di mana terletaknya bilik pameran dan pejabat kami. Bengkel jahitan kami juga terletak di bangunan yang sama. Kami menyediakan serta menyiapkan segala tempahan pelanggan dan juga semua produk kami di bengkel jahitan ini.
Dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam industri, dan dengan sokongan pasukan pengurusan yang berpengalaman dan pekerja yang berdedikasi, AZ-N Trading (M) Sdn Bhd sentiasa memberi tumpuan dalam member khidmat yang terbaik untuk pelanggan kami.

MISI SYARIKAT

Dengan berteraskan pengalaman dan kemahiran yang telah diperolehi sejak syarikat ini ditubuhkan, AZ-N Trading (M) Sdn. Bhd komited untuk memberi khidmat yang terbaik dan sentiasa akan meningkatkan disiplin syarikat dalam mementingkan kepuasan pelanggan kami selari dengan visi kami untuk menjadi sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan, pembekalan serta pengubahsuaian yang memenuhi kehendak dan keinginan semua pelanggan dan pihak yang terlibat serta prihatin kepada kualiti servis dan perkhidmatan yang diberikan.