
WALLPAPER (KERTAS DINDING)


Kenapa memilih untuk menggunakan wallpaper sebagai hiasan dinding? Wallpaper adalah cara yang paling mudah dan cepat untuk menukar atau transformasi dinding ruang kediaman atau pejabat anda. Dengan teknologi moden wallpaper “paste-the-wall”, anda boleh menghiasai atau menukar/transformasi ruang dinding dalam waktu yang singkat. Pemasangan wallpaper juga hanya melibatkan kekotoran yang minima sebelum, semasa dan selepas proses pemasangan.
Dengan penggunaan wallpaper anda juga boleh menyerlahkan sesuatu dinding di dalam sesuatu ruang dengan mudah dan pantas. Selain itu, anda juga boleh menggunakan wallper untuk menampakkan tekstur permukaan seperti permukaan batu atau corak berulang. Wallpaper juga amat sesuai jika dipasang di ruang makan dan juga ruang dapur.
AZN Home Decor menawarkan pelbagai corak wallpaper untuk pilihan anda. Sama ada polos (plain), bertekstur atau bercorak, kami menawarkan puluhan malah ratusan jenis corak dengan harga yang berpatutan. Kami menyediakan perkhidmatan pemasangan wallpaper yang anda beli di bilik pameran kami. Kami juga memberikan perkhidmatan pemasangan wallpaper jika anda mempunyai wallpaper anda sendiri dengan kos perkhidmatan yang berpatutan.


