
WALL TO WALL CARPET
WALL TO WALL CARPET UNTUK KEDIAMAN, PEJABAT DAN DEWAN
Wall to wall carpet (karpet gulung/carpet roll) adalah pilihan yang amat sesuai untuk ruang lantai yang luas. Corak sekata tanpa kelihatan cantuman karpet yang ketara akan kelihatan lebih menarik dan amat sesuai untuk ruang yang luas seperti di dalam dewan mahupun di dalam ruang rumah kediaman.
Aspek-aspek seperti material yang digunakan, ketebalan, berat karpet dan juga corak akan menentukan kualiti dan harga sesuatu karpet.
KARPET UNTUK RUANG MASJID DAN SURAU
Karpet untuk masjid, surau/musolla atau ruang solat juga menggunakan karpet jenis gulung/carpet roll. Terdapat pelbagai warna, rekabentuk baris saf dan saiz kelebaran saf yang boleh dipilih bersesuaian dengan dengan ruang masjid, surau/musolla dan ruang solat anda.