
CARPET TILE FLOORING
Carpet tiles amat sesuai digunakan di ruang pejabat disebabkan ianya adalah fleksibel dan memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan lantai dan ruang pendawaian. Dengan ciri-ciri fleksibel ini kakitangan penyelenggaran dapat mengakses ruang pendawaian di bawah karpet untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan pendawaian dari semasa ke semasa.
Kelebihan yang lain adalah ia mudah dipasang dalam pelbagai ruang lantai pejabat anda. Di samping itu ia mudah untuk ditukarganti dengan yang baharu jika ada kerosakan kepada karpet yang sedia ada dan tidak melibatkan penggantian pada keseluruhan karpet.