

BUNGA GUBAHAN
Bunga gubahan adalah salah satu daripada perkhidmatan yang ditawarkan di AZN Home Decor. Kami hanya menggunakan bunga hiasan tiruan untuk kerja-kerja gubahan bunga. Terdapat pelbagai bunga hiasan yang telah siap digubah di bilik pameran kami. Pelanggan boleh memilih daripada pelbagai jenis dan corak bunga untuk hiasan di kediaman atau pejabat anda. Kami juga menerima tempahan mengikut citarasa pelanggan. Para pelanggan boleh memilih untuk menggunakan bunga hiasan sendiri atau boleh menggunakan bunga yang dijual di bilik pameran kami untuk sebarang gubahan bunga.
