KONTRAKTOR HIASAN DALAMAN

AZ-N Trading Sdn Bhd, juga dikenali sebagai AZ-N Home Decor (AZN) bergiat aktif dalam bidang rekabentuk dalaman dan berpengalaman dalam kerja-kerja ubahsuai pejabat, kediaman dan sebagainya. AZN bersama rakan niaganya selaku perunding pereka dalaman yang berkelayakan telah bekerjasama dalam memberikan perkhidmatan dan khidmat nasihat kepada semua pelanggannya. Pelanggan-pelanggan AZN bukan sahaja terhad kepada pihak individu malah juga badan-badan kerajaan dan swasta.

Skop kerja AZN termasuk membekal perabot, membekal dan memasang kertas dinding (wallpaper), permaidani dari dinding ke dinding, tirai, langsir, dan barangan hiasan lain untuk kediaman, pejabat dan sebagainya. AZN juga mempunyai pengalaman yang luas dalam kerja-kerja pengubahsuaian kediaman dan pejabat.

PEMBEKAL AM

AZ-N Trading (M) Sdn Bhd (AZN) merupakan pembekal/pemborong am (Trading Business) yang berpengalaman lebih 22 tahun dalam bidang pembekalan barangan am kepada badan-badan kerajaan, swasta dan individu. AZN bukan sahaja terhad kepada pembekalan barangan keperluan pejabat malah perabot pejabat dan kelengkapan pejabat yang lain. Untuk maklumat lebih lanjut tentang bidang-bidang pembekalan yang lain sila rujuk di sini.

BILIK PAMERAN DAN JUALAN

AZN Home Decor memiliki pusat jualan dan bilik pameran yang menyediakan pelbagai barangan hiasan dalaman seperti kertas dinding (wallpaper), gubahan bunga, blind, sarung meja, sarung kerusi dan banyak lagi barangan hiasan lain untuk keperluan di kediaman, pejabat dan lain-lain.

Selain itu AZN juga menerima tempahan untuk pelbagai jenis langsir, cadar dan kusyen serta produk berasaskan jahitan dengan rekaan terkini serta berkuali tinggi.

Hiasan dalaman
Maklumat Tentang Hiasan Dalaman
Galeri
Galeri Kami
Pembekal Am
Maklumat Tentang Pembekal Am
Tentang Kami
Maklumat Tentang Kami
Potfolio
Maklumat Tentang Potfolio Kami
Hubungi Kami
Maklumat Tentang Hubungi Kami

Hubungi Kami Untuk Sebarang Pertanyaan Mengenai Perkhidmatan Kami